RSS

1.5 Definisi Istilah

05 Apr

Sajak

Pada umumnya sajak adalah ekspresi tentang pengalaman manusia secara imaginatif dan terjalin di dalam bentuk-bentuk struktur yang tidak terkawal serta mempunyai bahasa yang indah untuk menemukan nilai rasa dan nilai erti yang seimbang. Ciri utama sajak seperti juga cerpen, novel dan drama mengandungi unsur-unsur emosi, imaginatif, dan akal budi.

Kesan daripada ketiga-tiga unsur inilah, terlibat di dalam sajak lebih memancarkan keinginan dan kecenderungan penyair untuk mengungkapkan pelbagai sentuhan rasa dan tanggapan mata hatinya (Dharmawijaya, 1998; 222). Manakala, Za’aba (1965 : 41) mentakrifkan sajak sebagai “sejenis karangan berangkap cara baru di dalam bahasa Melayu”. Di antara sifat-sifatnya ialah ia tidak memakai timbangan dan sukatan bunyi yang tetap, serta tiada ukuran rentak yang sama. Kebanyakannya sajak tidak memakai pertentangan bunyi, sama ada tetap dan bertambah di hujung kerat atau di mana-mana pun, tetapi isinya menentukan perasaan yang kuat dan mendalam dengan bahasa berkias ibarat.

Muhammad haji Salleh (1984 : 1) pula mengatakan sajak sebagai satu bentuk moden yang lebih bebas dari ikatan bentuk-bentuk tradisi. Menurut Hashim awing pula (1985 : 168), sajak merupakan puisi baru yang popular, lahir sebagai alternative kepada puisi tradisional. Ini keranan bentuknya tidak terikat dengan sebarang kontroversi dan lebih bebas.

Secara umumnya, sajak merupakan karangan berangkap, bentuk bebas yang sudah menyimpang daripada bentuk puisi lama. Sajak tidak dilihat dengan jumlah kata, baris atau skema rima, namun ia amat mementingkan bahasanya sehingga menimbulkan kesan dan nilai estetika yang tinggi. Sajak juga dianggap sebagai kata-kata yang terbaik dalam susunan yang terbaik. Selain itu, sajak adalah sejenis karya satera yang segala-galanya dipesat dan dipadatkan, serta kesatuan bahasa di dalam sajak tidak terlihat oleh logik sintaktik (Atmazaki, 1993 : 20).

Gaya bahasa

Gaya bahasa bermaksud cara atau ragam bahasa itu dipakai khususnya dalam tulisan atau karangan (Keris Mas, 1990: 13). Penggunaan atau pemakaian bahasa pula mempunyai pelbagai jenis yang khusus. Gaya bahasa juga bermaksud gaya seseorang penulis menggunakan bahasa dan ia adalah wahana yang paling sempurna untuk manusia menyampaikan amanatnya. Jesteru, penguasaan bahasa sangat penting bagi manusia (Abdul Razak Mohd Kasim, 1998 : 556).

Gaya bahasa juga adalah bahasa indah yang digunakan untuk meningkatkan kesan mendalam di hati pembaca dengan jalan memperkenalkan serta membandingkan sesuatu benda atau hal tertentu dengan benda lain yang  lebih umum. Pendek kata, penggunaan gaya bahasa tertentu dapat mengubah serta menimbulkan konotasi tertentu (Dale, 1971 dalam Henry gunter Tarigan, 1985 : 5). Awang Sariyan pernah menyatakan bahawa “kebanyakan orang lebih senang berbicara tentang gaya bahasa kerana aspek inilah yang menonjolkan identiti seseorang penulis”.

Bahasa Figuratif

Bahasa figuratif  atau figurative language adalah kelangsungan ucapan yang berupa penggantian makna. Bahasa figuratif yang juga dikenali sebagai kiasan muncul sesuai dengan kebiasaan sesuatu masyarakat.  Gaya bahasa figuratif juga sering dipertentangkan dengan bahasa logik. Ini kerana bahasa fuguratif adalah satu kerangkan yang membawa maksud subjektif dan lebih bersifat tanggapan individu (Hashim Ismail, 1995 : 1002). Kerangka definisi figuratif yang dinyatakan oleh penulis dan penuturnya adalah mengikut kefahaman mereka dan kefahaman itu merupakan satu pengalaman peribadi yang mungkin sama dengan orang lain atau mungkin juga tidak. Pendeta Zaaba (1965 :151) pula mendefinisikan bahasa figuratif sebagai  bahasa yang mengungkapkan perkataan yang dikiaskan kepada pekara lain, sama ada dengan menyebut bandingan tersebut. Ia adalah bertujuan untuk menjelaskan lagi sesuatu yang dikatakan atau diceritakan dan disebut maknanya. Ishak Ramly di dalam bukunya “ Perkembangan Peribahasa dalam  Bahasa  Melayu (1990 : 287) pula telah membahagikan bahasa figuratif kepada dua jenia iaitu,  jenis bandingan (smile) dan jenis menyebut terus.

Jenis-jenis bahasa figuratif

Terdapat berbagai jenis bahasa fuburatif di dalam sajak. Namun begitu, terdapat beberapa bahasa figuratif yang lebih dominan digunakan iaitu metafora, personafikasi, simile, sinekdot, eufimesme, dan ironi. Setiap bahasa figuratif tersebut mengalihkan sesuatu pengertian yang lain sehinggan muncul pengertian baru.

Metafora

Metafora adalah bahasa figuratif yang menyatakan sesuatu dengan menyebut sesuatu yang lain. Sesuatu objek atau abstraks diberi sifat objek lain dengan menanggap objek yang kedua itu mempunyai  aspek-aspek persamaan dengan objek yang pertama (Rahman Shaari, 1993 : 1).  T. Howkes (1972 : 1) pula mengatakan metafora berasal daripada kata Greek iaitu “methaphore” yang bermaksud memindahkan. ‘Meta’ (di atas) dan “pheirien” (membawa). Metafora merujuk kepada proses linguistik yang melibatkan aspek tertentu sesuatu objek yang dibawa atau dipindahkan kepada objek lain dan demikian,  objek kedua diujarkan seolah-olah seperti objek yang pertama (Maslida Yusof, 1999 : 4-5).  Menurut Glosari Istilah Kesusasteraan (1988 : 188), metafora merupakan bentuk analogi atau kiasan yang melambangkan sesuatu bagi sesuatu yang lain, bagi menyarankan bahawa kedua-duanya terdapat persamaan. Dengan kata lain, metafora terbentuk daripada dua perkara iaitu idea dan imej. Kedua-duanya melahirkan satu bentuk kiasan dan perbandingan, sementara maknanya pula diperolehi daripada hasil interaksi antara idea dengan imej.

Personifikasi

Personifikasi juga disebut  perorangan kerana ia membandingkan sesuatu benda, keadaan dan peristiwa denga sifat-sifat manusia. Personifikasi juga selalu didefinisikan sebagai “pemberian sifat manusia kepada objek atau abstraksi “ (Mohd Sidin Ahmad dan Mohd Salleh Rahamad, 1996 : 3). Sebarang kenyataan yang disampaikan dengan memberikan nayawa kepada objek  atau abstraksi adalah personifikasi.

Pengulangan

berlaku pada kata, ungkapan, baris, atau rangkap yang diulang dalam sajak. Pengulangan terbahagi kepada 3.

1.    Anafora

pengulangan kata pada awal baris secara berurutan.

Contohnya: Tambah  mengimbau sorotan kitab MUHAMMAD!

                        Tambah mengimbau sorotan kitab Esa!

Rahman Shaari (1989, 38) mendefinisikan anafora sebagai pengulangan perkataan atau kalimat beberapa kali oleh seseorang penulis bagi menegaskan sesuatu perkara. Namun begitu, Henry Guntur Tarigan (1989, 192) mengatakan bahawa anafora ialah jenis gaya bahasa pengulangan bagi menegaskan maksud yang disampaikan melalui pengulangan kata atau kalimat dalam sesuatu kata. Tokoh-tokoh tersebuat hanya menjelaskan anafora sebagai gaya pengulangan yang diulang pada kata pertama pada setiap baris atau setiap kalimat. Berbeza dengan analisis wacana berdasarkan tema dan rema yang dapat menjelaskan kefungsian pengulangan dalam setiap perenggan dapat djelaskan dengan berpada.

2.    Epifora

pengulangan kata pada akhir baris

contoh: ….di pundakku…. had sepiku.

3.    Repitisi

pengulangan kata dalam baris yang sama.

Contohnya: orang berbunga dia berbunga

Perlambangan

Merupakan kata-kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu benda, keadaan, atau peristiwa yang membawa maksud yang lain atau maknanya lebih mendalam.

Contohnya: senja melambangkan usia tua, pagi melambangkan usia muda

 
10 Comments

Posted by on April 5, 2012 in 1.0 Pengenalan, Projek 1

 

10 responses to “1.5 Definisi Istilah

  1. raziukm

    April 6, 2012 at 7:41 am

    bagus mantap dan berkesan

     
  2. fadzilzainol

    April 6, 2012 at 7:59 am

    terima kasih Raziukm…=)

     
  3. nurazwani

    April 23, 2012 at 3:47 pm

    bagus…kajian yang mantap…penggunaan tatabahasa yang baik….teruskan usaha….

     
    • fadzilzainol

      April 23, 2012 at 3:55 pm

      Terima kasih atas pandangan anda atas kajian yang saya jalankan…insyaallah saya akan teruskan usaha yang lebih gigih untuk kajian seterusnya..

       
  4. nur zarra zaila

    April 24, 2012 at 12:46 am

    saya tertarik dengan apa yang saudara paparkan kerana saudara banyak memberikan definisi yang diperkatakan oleh tokoh-tokoh sastera itu sendiri dan ini dapat membuktikan bahawa apa yang saudara katakan adalah berasas dan sememangnya betul. ini juga jelas menunjukkan saudara telah melakukan kajian ini secara terperinci dan menggunakan banyak bahan sebagai rujukan….tahniah..

     
    • fadzilzainol

      April 24, 2012 at 12:49 am

      Terima kasih saudari atas penelitian terhadap kajian saya..sudah semestinya definisi istilah yang telah diberi adalah berdasarkan bahan rujukan yang telah diperolehi bukanlah melalui pendapat sendiri.

       
  5. Dr. Zulkifli Ahmad

    May 25, 2012 at 10:40 am

    Sudah disemak. Syabas!

     
  6. Anonymous

    June 13, 2012 at 3:57 am

    Boleh dijadikn panduan..tk.

     
  7. hanif

    December 17, 2012 at 9:37 am

    boleh saya tahu sumber rujukan bagi definisi sajak ini??

     
  8. Sebuah Nama

    May 5, 2013 at 9:00 pm

    ngilmu banget dah..

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: