RSS

4.1 Analisis Dapatan Kajian

05 Apr

Pengenalan

Saya akan menumpukan perbincangan terhadap unsur bahasa figuratif di dalam antologi sajak “puisi-puisi Pilihan” karya Usman Awang.

Hanya terdapat  dua aspek sahaja yang diutama metafora dan personifikasi dan pernambahan sedikit dari segi gaya bahasa lain. Analisis data ini juga berdasarkan  sebuah sajak sahaja iaitu sajak ‘Balada Terbunuhnya Beringin  Tua  di pinggir Sebuah Bandaraya’. Saya juga akan memberikan contoh-contoh penggunaan setiap unsur bahasa figuratif tersebut, di samping menjelaskan peranan dan fungsinya di dalam mengutarakan pemikiran yang ingin disampaikan oleh penyair. Untuk tujuan tersebut, saya akan memaparkan satu contoh sajak yang dipetik daripada antologi puisi karya saterawan negara ini.

Paparan Data

Terbunuhnya Beringin Tua di Pinggir  Sebuah Bandaraya

1.1    BERINGIN tua di pinggir sebuah bandaraya
1.2    di sebuah ibu kota yang setengah muda
1.3    ratusan tahun usianya berdiri
1.4    menadah matari memayungi bumi
1.5    di sini rumah  mereka, di sini keluarga bahagia
1.6    kupu-kupu berkejaran dalam senda guraunya
1.7    anak-anak bermain di keteduhan perdunya.

2.1    Tiba-tiba pagi yang hitam itu datang
2.2    gergasi teknologi menyerangnya
2.3    dengan kejam membenamkan gigi-gigi besi
2.4    sehingga terdengarlah jeritan ngeri
2.5    suara Beringin rebah ke bumi.

3.1   Sampai sekarang, tiap senjakala lembayung petang
3.2   dengarlah suara Beringin mengucapkan pesan:

4.1   Selamat tinggal, selamat tinggal wahai awan
4.2   Selamat tinggal matari selamat tinggal bulan
4.3   Selamat tinggal kupu-kupu sayang
4.4   Selamat tinggal wahai burung-burung bersarang
4.5   Selamat tinggal anak-anak bermain riang.

5.1   Namaku Beringin pohon tua yang terbuang
5.2   dimusuhi oleh rancangan bernama Pembangunan.

Metafora

Unsur Metafora
  1. Di sini rumah mereka, di sini keluarga bahagia (1.5)
  2. Gergasi teknologi menyerangnya (2.2)
  3. Selamat  tinggal  kupu-kupu sayang (4.3)
  4. Selamat tinggal anak-anak bermain ruang (4.5)
  5. Namaku Beringin pohon tua yang terbuang  (5.1)

Personifikasi

Unsur  personifikasi
  1. Beringin tua di pinggir jalan raya  (1.1)
  2. Di sebuah ibu kota yang setengah muda  (1.2)
  3.  Ratusan tahun usianya berdiri  (1.3)
  4. Menadah matari memayungi bumi  (1.4)
  5. Di sini rumah mereka, di sini keluarga bahagia (1.6)
  6. Tiba-tiba pagi yang hitam itu datang  (2.1)
  7. Geregasi teknologi menyerangnya (2.2)
  8. Dengan kejam membenamkan gigi-gigi besi  (2.3)
  9.  Sehingga terdengarlah jeritan ngeri  (2.4)
  10. Suara Beringin rebah ke bumi (2.5)
  11.  Dengarlah suara Beringin mengucapkan pesan (3.2)
  12. Namaku Beringin pohon tua yang terbuang (5.1)
  13.  Dimusuhi oleh rancangan bernama Pembangunan (5.2)

Dapatan Kajian

Penyair memuatkan unsur metafora di dalam ‘Balada Terbunuhnya Beringin Tua di Pinggir Sebuah Bandaraya’ adalah bertujuan untuk memberikan keindahan kepada gaya bahasa sajak tersebut. Usman Awang telah memilih frasa ‘di sini rumah mereka’ untuk digandingkan dengan ‘di sini keluarga bahagia’ seperti yang terdapat di dalam contoh (1) di atas. ‘Rumah’ merupakan unsur konkrit dan ‘mereka’ merupakan unsur abstrak. ‘Rumah’ dalam ayat di atas juga bermaksud ‘pokok beringin tua’ tetapi penyair memilih perkataan ‘rumah’ bagi menggantikan perkataan ‘beringin tua’. ‘Mereka’ itu pula merujuk kepada ‘burung-burung dan kupu-kupu’. Dalam hal ini, penyair boleh sahaja menyebut seperti ‘di sini rumah burung-burung dan kupu-kupu’, tetapi beliau tidak berbuat demikian.

Begitu juga dengan frasa ‘gergasi teknologi menyerangnya’ (2.2) di dalam contoh (2) di atas yang merupakan contoh metafora. ‘gergasi’ bermaksud ‘suatu makhluk yang besar dan ganas’ tetapi dalam konteks ayat di atas, ‘gergasi’ merujuk kepada jentolak. Manakala ‘teknologi’ pula merupakan ‘sesuatu kemajuan atau pemodenan yang telah dicapai oleh sesebuah negara’. Kesan penggunaan unsur metafora telah membawakan urutan pengucapan yang bengis dan bernada kesal, malahan penyampaiannya secara kiasan telah mencengkam perasaan pembaca, misalnya mereka merasa ngeri dengan perbuatan ‘gergasi teknologi’ yang ganas dan agresif terhadap pohon beringin.

Contoh (3) pula ialah ungkapan ‘selamat tinggal kupu-kupu sayang’ (4.3). ‘kupu-kupu’ merupakan unsur konkrit dan ‘sayang’ ialah unsur abstrak. Dengan kekreatifan Usman Awang. Beliau telah menggandingkan frasa ‘kupu-kupu’ dengan ‘sayang’. ‘kupu-kupu’ dalam konteks ayat di atas bermaksud ‘sejenis serangga yang menghisap madu’. Penyair boleh sahaja mengunakan ungkapan seperti ‘selamat tinggal sejenis seranggan yang menghisap madu sayang’ tetapi penyair tidak berbuat demikian. Malahan penyair telah mengkhususkan pula serangga tersebuat ‘kupu-kupu’. ‘Sayang’ pula bermaksud ‘cinta atau kasih kepada sesuatu yang dianugerahkan oleh tuhan atau manusia kepada seseorang individu’. Melalui frasa ‘kupu-kupu sayang’, boleh mewujudkan perasaan saying di hati pembaca terhadap haiwan ciptaan tuhan yang merupakan salah satu unsur keindahan alam.

Contoh (4), dapat dilihat ungkapan ‘selamat tinggal anak-anak bermain riang’ (4.5). ‘Anak-anak’ merupakan unsure konkrit dan ‘bermain riang’ pula ialah unsur abstrak. ‘anak-anak’ merujuk kepada ‘budak-budak’ manakala ‘bermain riang’ pula merujuk kepada ‘suasana yang penuh dengan kegembiraan’. Penyair menggunakan kata nama’anak-anak’ bagi menggantikan budak-budak untuk memperlihatkan kepuitisan gaya bahasa sajak, di samping untuk menghidupkan penggunaan bahasa figuratif metafora. Dengan ungkapan ‘anak-anak’ bermain riang.’ Ia lebih mendatangkan kesan yang mendalam kepada pembaca yang turut merasai kegembiraan anak-anak tersebut.

Contoh (5) pula terdapat ungkapan ‘namaku Beringin pohon tua yang terbuang’ (5.1). ‘Pohon tua’ merupakan unsur konkrit dan ‘yang terbuang’ pula merupakan abstrak. ‘Pohon tua’ dalam konteks ayat di atas ialah ‘pokok yang telah lama hidup atau veteran’. Tetapi ‘veteran’ lebih sesuai digunakan untuk manusia. ‘yang terbuang’ pula bermaksud ‘sesuatu yang sudah tidak boleh digunakan atau buruk’. Dalam situasi ayat di atas, penyair bijak memanipulasikan bahasanya denga mengungkapkan ‘pohon tua’ bagi menggantikan veteran. Ungkapan ini juga telah memberikan kesan kesedihan dan kesayuan kepada pembaca dengan nasib yang menimpa pohon beringin itu.

Dengan demikian, metafora berfungsi untuk memberikan nilai estetika kepada sajak-sajak yang dihasilkan oleh Usman Awang, di samping untuk memberikan kesan kepada pembaca supaya mereka turut merasai situasi yang digambarkan oleh penyair di dalam sajak.

Unsur personifikasi pula dpat dilihat dalam contoh (6). Ungkapan ‘Beringin tua di piggir sebuah jalan raya’ (1.1) mengandungi unsur personifikasi. Penyair telah memberikan sifat manusia kepada pohon beringin tersebut iaitu ‘tua’. Dalam situasi bias, sifat ‘tua’ ini selalunya hanya untuk manusia, tetapi dalam konteks ayat di atas, sifat ‘tua’ ini selalunya hanya untuk manusia, tetapi dalam konteks ayat di atas ‘veteran atau lama’.

Ungkapan ‘di sebuah ibu kota yang setengah muda’ (1.2) seperti yang terdapat dalam contoh (7) juga terdapat unsur personifikasi. Usman Awang telah memanusiakan ‘ibu kota’ sehingga menjadi setengah ‘muda’. Ibu kota yang setengah muda’ bermaksud sebuah Bandar yang baru dibina dan dimajukan. Penyair tidak mengungkapkan ‘di sebuah bandar yang baru dibina’ kerana sekiranya penyair berbuat demikian, naka gaya bahasa sajak tidak akan mengandungi unsur kepuitisan yang akan memberi kesan kepada pembaca.

Dalam contoh (8) juga, penyair telah memasukkan unsur personifikasi misalnya ‘Ratusan tahun usianya berdiri’ (1.3). ‘Usianya berdiri’ bermaksud ‘sudah ratusan tahun usia pokok beringin itu hidup’. Penyair bijak memanipulasikan bahasa sehingga lahir ungkapannya ‘usianya berdiri’. Ungkapan ini boleh mencuit perasaan pembaca, contonya mereka dapat membayangkan betapa teguhnya pohon beringin itu hidup subur di pinggir jalan raya.

Selain itu, dalam contoh (9) dapat dilihat pohon beringin itu berperanan ‘menadah matari memayungi bumi’ (1.4). Ungkapan ini bermaksud ‘pohon beringin itu melindungi burung-burung, kupu-kupu dan anak-anak dari panas terik matahari serta menjadi kawasan tadahan hujan untuk mengelakkan bumi dari hakisan’. Untuk menjadikan bahasa sajak itu indah, penyair telah memanusiakan pohon beringin sehingga ia dapat ‘menadah matari dan memayungi bumi’. Ungkapan ini lebih memberikan kesan kepada pembaca, contonya mereka dapat merasakan beapa pentingnya alam sekitar yang diwakili oleh pohon beringin untuk kesejahteraan hidup manusia.

Melalui contoh (10) pula, pembaca akan dapat melihat ‘kupu-kupu berkejaran dalam senda guraunya’ (1.6). Ia bermaksud ‘kupu-kupu bebas berterbangan dalam senda guraunya’. Ia bermaksud ‘kupu-kupu’ bebas berterbangan untuk mencari rezeki’. Usman Awang bijak dalam mengutarakan mesej itu seolah-olah boleh melakukan perbuatan seperti manusia iaitu berrkejaran’. Penyair tidak menggandingkan  ‘kupu-kupu’ dengan ‘berterbangan’ kerana ia kurang puitis dan kurang memberi kesan kepada pembaca. Melalui uangkapan ‘kupu-kupu berkejaran dalam senda guraunya’ memberikan tanggapan yang baik kepada pembaca iaitu mereka merasakan betapa damainya kehidupan kupu-kupu bersama kawan-kawanya,

Namun kedamaian yang dikecapi oleh kupu-kupu tersebut tidak lama apabila ‘tiba-tiba pagi yang hitam itu datang’ (2.1). Ungkapan ini terdapat dalam contoh (11). Ayat ini juga bermaksud suatu hari yang malang telah menjelang. Walaupun begitu, penyair lebih senang menggunakan frasa’ pagi yang hitam itu datang’. ‘Hitam’ biasanya dikaitkan dengan ‘peristiwa buruk atau kematian’ Maka bersesuaianlah ‘pagi yang hitam itu’ diberi sifat manusia iaitu ‘datang’.

‘Gergasi teknologi menyerangnya’ (2.2) seperti yang digambarkan oleh penyair dalam contoh (12) juga mengandungi unsur personifikasi. Ini dapat dilihat dengan perbuatan ‘gergasi teknologi’ melakukan perbuatan seperti manusia iaitu ‘menyerangnya’. Ayat ini bermaksud ‘sebuah jentolak moden digunakan untuk menebang pokok’. Penyair boleh menggunakan frasa ‘gergasi teknologi menyerangnya’ dan tidak menggunakan ayat ‘sebuah jentolak moden digunakan untuk menebang pokok’. Ungkapan sedemikian tidak akan mendatangkan kesan kepada pembaca, malahan mereka ungkapan tersebut tidak mengandungi gaya bahasa yang indah.

Kehadiran frasa ‘dengan membenamkan gigi-gigi besi’ (2.3) seperti yang terdapat dalam contoh (13) dapat menimbulkan kesan yang mendalam di hati pembaca. Contonhnya mereka dapat membayangkan kekejaman yang dilakukan oleh gergasi teknologi terhadap pohon beringin. Tambahan pula dengan penggunaan unsur personifikasi seperti ‘dengan kejam membenamkan gigi-gigi besi’ sudah cukup untuk menimbulkan kengerian kepada pembaca. Ungkapan ini juga bermaksud jentolak moden telah menggali perdu pokok beringin dengan menggunakan gigi-giginya yang tajam.

Seterusnya dalam contoh (14) pula terdapat frasa ‘sehingga terdengarlah jeritan ngeri’ (2.4) yang membawa maksud pohon beringin seolah-olah merintih kesakitan akibat terkena gigi-gi besi gergasi teknologi itu. Dengan penggunaan unsur personifikasi ini, jelas penyair telah memanusiakan pohon beringin sehingga ia boleh menjerit dan ini menimbulkan kesan kepada pembaca yang merasakan mereka seolah-olah turut kesakitan apabila membaca dan menghayati ungkapan tersebut.

Frasa ‘suara beringin rebah ke bumi’ (2.5) dalam contoh (15) juga dapat dilihat betapa menderitanya pohon beringin. Ia menjerit dan merintih sehinggakan suaranya sudah tidak kedengaran lagi kerana tumbang menyembah bumi. Frasa ‘suara beringin rebah ke bumi’ yang menggunakan unsur personifikasi sudah menggambarkan nasib yang menimpa pohon itu. Lantaran itu, ia telah menimbulkan perasaan sedih dan sendu di sanubari pembaca yang benar-benar menghayati sajak ini.

Di samping itu, contoh dalam (16) mengungkapkan frasa ‘dengarlah suara beringin mengucapkan pesan’ (3.2). Dalam contoh di atas, dapat dilihat penggunaan unsur personifikasi iaitu ‘suara beringin mengucapkan pesan’. Melalui ungkapan ini, penyair telah cuba untuk menyampaikan mesej kepada pembaca tentang penderitaan yang dialami oleh pohon beringin. Ia juga telah mengundang rasa simpati pembaca untuk bersama-sama menyelami situasi itu.

Tidak ketinggalan juga dalam contoh (17) terdapat unsur personifikasi yang telah dimuatkan oleh Usman Awang iaitu ‘namaku Beringin tua yang terbuang’ (5.1). Gambaran ini jelas apabila penyair memberikan sifat manusia kepada pohon beringin iaitu melalui frasa ‘namaku beringin pohon tua’. Ungkapan ini juga telah memberikan kesan kepada pembaca yang turut merasakan pohon tua itu dianggap tidak berguna lagi, lantaran manusia yang terlalu mementingkan pemodenan sehingga sanggup menebang pohon beringin itu

Akhir sekali adalah ungkapan yang berbunyi ‘dimusuhi oleh rancangan bernama pembangunan’ (5.2) yang boleh dilihat dalam contoh (18) di atas. Ungkapan ini bermaksud akibat permodenan, manusia sanggup memusnahkan alam sekitar. Bagi menggambarkan situasi tersebut, maka penyair telah mencipta ungkapan di atas dan beliau telah menggunakan unsur personifikasi iaitu ‘dimusuhi oleh rancangan bernama pembangunan’. Penggunaan unsur ini juga telah menimbulkan kesan yang mendalam di jiwa pembaca. Mereka merasakan wujud ketidakadilan terhadap alam sekitar yang terpaksa dikorbankan demi sebuah pembangunan yang belum tentu menjanjikan kesejahteraan hidup kepada msayarakat.

Unsur-unsur lain yang terdapat dalam puisi ini:

1.    Pengulangan

 (a)     Anafora

Pengulangan kata pada awal baris secara berurutan.

 

Konkordans telah digunakan untuk melihat kekerapan pengunaan perkataan ‘selamat tinggal’ yang terdapat dalam puisi. Terdapat sebanyak tujuh kali perkataan ‘selamat tinggal’ telah dapat dikesan pengulanganya sama ada dalam baris yang sama ataupun yang berbeza.

Selamat tinggal, selamat tinggal wahai awan
Selamat tinggal matari selamat tinggal bulan
Selamat tinggal kupu-kupu sayang
Selamat tinggal wahai burung-burung bersarang
Selamat tinggal anak-anak bermain riang.

(b)   Repitisi

pengulangan kata dalam baris yang sama.

Selamat tinggal, selamat tinggal wahai awan
Selamat tinggal matari selamat tinggal bulan

2.    Perlambangan

Merupakan kata-kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu benda, keadaan, atau peristiwa yang membawa maksud yang lain atau maknanya lebih mendalam.

Tiba-tiba pagi yang hitam itu datang

Hitam melambangkan sesuatu yang tidak elok atau membawa sesuatu yang malang atau bencana.

 
 

83 responses to “4.1 Analisis Dapatan Kajian

  1. Anis Hanani

    April 6, 2012 at 12:11 am

    Pemaparan data kajian yang sangat menarik dan jelas. Data yang jelas akan menjadikan pembaca mudah memahami apa yang hendak disampaikan oleh penulis.

     
    • fadzilzainol

      April 6, 2012 at 12:27 am

      Terima kasih.:)..saya sebagai pengkaji sudah mencuba sedaya upaya untuk buat yang terbaik…

       
  2. norraziebahbakri

    April 6, 2012 at 4:52 am

    pendekatan untuk memaparkan kajian dalam bentuk seperti ini amat jelas dan pada pendapat saya sebagai satu usaha yang baik.

     
    • fadzilzainol

      April 6, 2012 at 7:51 am

      terima kasih….penkaji berusaha untuk melakukan kajian yang jelas dan difahami oleh semua..=)

       
  3. yusrizal90

    April 6, 2012 at 5:24 am

    antcont sangat membantu kajian ini..

     
    • fadzilzainol

      April 6, 2012 at 7:46 am

      Betul yus sangat mudah untuk menjalankan kajian teks sekiranya menggunakan antcont.

       
  4. Nurzulaika

    April 6, 2012 at 5:29 am

    pengaplikasian AntConc yang baik.

     
    • fadzilzainol

      April 6, 2012 at 8:10 am

      antconc banyak memberi kemudahan dalam melakukan kajian teks.

       
  5. ninglusiew

    April 6, 2012 at 5:49 am

    Analisis data yang amat baik dan senang difahami.

     
    • fadzilzainol

      April 6, 2012 at 8:07 am

      Terima kasih..pengkaji berusaha memberi kefahaman kepada semua pembaca blog ni…

       
  6. Nabilah Husna

    April 6, 2012 at 7:18 am

    dapatan kajian yang tersusun dan amat jelas. sangat mudah untuk memahaminya.

     
    • fadzilzainol

      April 6, 2012 at 8:02 am

      terima kasih kerana sudi memberi komen..=)

       
  7. Syafiqah Sabri

    April 6, 2012 at 7:44 am

    kajian dalam aspek kesusateraan yang menarik.

     
    • fadzilzainol

      April 6, 2012 at 8:04 am

      terima kasih…kalau rajin buka-buka lagi blog ni..haha

       
  8. fadzilzainol

    April 6, 2012 at 7:50 am

    Terima kasih..=)..pengkaji berusaha buat yang terbaik..

     
  9. akrmyemy

    April 6, 2012 at 8:05 am

    huraian yang mantap…

     
    • fadzilzainol

      April 6, 2012 at 8:13 am

      pengkaji berusaha melihat dengan lebih dekat keatas gaya bahasa yang digunakan…terima kasih..=)

       
  10. Dr. Zulkifli Ahmad

    April 7, 2012 at 3:58 am

    Anda didapati sudah tahu memanfaaatkan aplikasi komputer ‘AntConc’ untuk kajian ini. Huraian dibuat dengan sub-tajuk dan dalam bentuk teks berperenggan. Mantap. Syabas!

     
    • fadzilzainol

      April 7, 2012 at 1:44 pm

      Terima kasih doktor…saya pun mengucapkan ribuan terima kasih kepada dr. atas tunjuk ajar yang diberi..saya juga memohon maaf atas kelewatan dalam setiap tugasan yang diberi. Saya sudah berusaha membuat kajian ini dengan baik.

       
  11. Anonymous

    April 22, 2012 at 4:56 pm

    satu kajian yang menarik mengenai nilai estetika yang terdapat dalam puisi tersebut, dan memudahkan saya memahami sesuatu makna yang tersirat dalam sesuatu perkataan yang digunakan oleh penulis, tetapi saya berharap pengkaji dapat menyemak kembali kerana terdapat banyak kesalahan ejaan dalam kajian anda..tetapi secara keseluruhan ia adalah satu kajian yang baik dan senang difahami…

     
    • fadzilzainol

      April 22, 2012 at 5:04 pm

      Terima kasih diucapkan di atas pendapat yang diberi..nanti saya akan melihat kembali kesalahan ejaan yang telah dimaksudkan…kadang-kadang penulisan melalui blog agar sukar untuk melihat kesilapan ejaan.

       
  12. nur zarra zaila

    April 22, 2012 at 4:57 pm

    satu kajian yang menarik mengenai nilai estetika yang terdapat dalam puisi tersebut, dan memudahkan saya memahami sesuatu makna yang tersirat dalam sesuatu perkataan yang digunakan oleh penulis, tetapi saya berharap pengkaji dapat menyemak kembali kerana terdapat banyak kesalahan ejaan dalam kajian anda..tetapi secara keseluruhan ia adalah satu kajian yang baik dan senang difahami…

     
    • fadzilzainol

      April 22, 2012 at 5:05 pm

      Terima kasih…saya akan memperbaiki kesalahan ejaan yang dimaksudkan..:)

       
  13. Anonymous

    April 23, 2012 at 12:46 pm

    Analisis data dan paparan maklumat yg mudah difahami dan jelas.. Penyusunan idea juga baik…Boleh dijadikan sebagai bahan rujukan…:)

     
    • fadzilzainol

      April 23, 2012 at 12:49 pm

      Terima kasih atas pandangan yang diberi….pengkaji berusaha untuk membuat kajian yang memudahkan para pembaca memahami apa yang hendak disampaikan dalam kajian..

       
  14. Anonymous

    April 23, 2012 at 2:51 pm

    analisis yg mantap dan penyusunan ayat yang baik…

     
    • fadzilzainol

      April 23, 2012 at 2:57 pm

      Terima kasih atas pandangan yang diberi…=)

       
  15. Anonymous

    April 23, 2012 at 4:42 pm

    Satu kajian yang menarik dan mantap dapat memberi informasi dan penerangan yang jelas kepada pembaca khususnya pembaca dari luar skop kesusasteraan

     
    • fadzilzainol

      April 23, 2012 at 5:01 pm

      Terima kasih atas pendapat yang diberi…Betul apa yang diperkatakan itu…kajian ini untuk menarik minat pembaca untuk memahami gaya bahasa yang digunakan dalam puisi-puisi..mereka yang dari luar bidang sastera juga akan memahaminya..

       
  16. Anonymous

    April 23, 2012 at 4:54 pm

    kajian yang menarik dan mudah difahami oleh oleh pembaca. ayat pula mantap dan gramatis 🙂

     
    • fadzilzainol

      April 23, 2012 at 5:02 pm

      Terima kasih..alhamdulilah kalau pembaca memahami kajian yang dijalankan…:)

       
  17. Anonymous

    April 23, 2012 at 5:36 pm

    penggunaan bahasa dan ayat dalam kajian untuk penerangan amat jelas serta mudah untuk difahami.

     
    • fadzilzainol

      April 23, 2012 at 5:38 pm

      Terima kasih…semoga pembaca dapat menghayati gaya bahasa yang digunakan dalam puisi..

       
  18. nurain amirah

    April 23, 2012 at 6:30 pm

    penerangan yang bagus dan mudah difahami..dengan adanya angka contohnya (1.2), (2.3) sebagai petunjuk kepada huraian..satu usaha yang terbaik dan mantap untuk memudahkan pembaca fahami kajian..

     
    • fadzilzainol

      April 23, 2012 at 9:03 pm

      Terima kasih atas pandangan yang diberi..sememangnya angka yang diberi untuk memudahkan pembaca mengetahui isi-isi bahan yang terdapat dalam kajian…

       
  19. Nur faika razali

    April 23, 2012 at 11:13 pm

    Dapatan kajian yang sungguh baik.
    Syabas diucapkan.

     
  20. iena

    April 23, 2012 at 11:18 pm

    Saya berpendapat, kajian ini menarik di mana pengkaji cuba untuk meneliti serta menghurai maksud sesuatu ayat dan perkataan dari Puisi Osman Awang secara detail. Sesuatu ayat yang mempunyai makna yang abstrak dan sukar difahami boleh difahami dengan jelas berdasarkan huraian dari dapatan kajian. Lebih baik sekiranya penulisan ini diberikan angka untuk huraian seperti dikatakan oleh nurain amirah supaya khalayak kekal dalam pembacaan dari mula hingga akhir penulisan. Walaupun penulisan ini panjang, ia masih mengekalkan maklumat-maklumat penting dan menarik. Tidak menggunakan ayat-ayat picisan dan merapu. Kesimpulannya, keseluruhannya baik tetapi harus dibuat pecahan angka untuk menarik perhatian pembaca terhadap kesluruhan dapatan kajia. Sekian. tahniah diucapkan. GOOD JOB BOY

     
    • fadzilzainol

      April 23, 2012 at 11:27 pm

      Terima kasih atas pendapat dan membaca blog saya…huraian terhadap satu-satu ayat dalam puisi untuk memudahkan pembaca menghayati bahasa-bahasa figuratif atau kiasan yang terdapat dalam puisi…

       
  21. khairunnisa

    April 23, 2012 at 11:22 pm

    huraian yang lengkap beserta contoh, mudah untuk saya yg tak belajar sastera ni untuk memahami maksud puisi itu…hihi
    all the best! 🙂

     
    • fadzilzainol

      April 23, 2012 at 11:29 pm

      Terima kasih…alhamdulilah…kajian ini bukan saja untuk mereka yang mengambil bidang sastera saja untuk membacanya..tetapi terbuka pada semua bidang..oleh itu, pengkaji telah berusaha sedaya mungkin menghuraikan dengan baik untuk memberi kefahaman kepada semua pihak yang membaca..

       
  22. Anonymous

    April 23, 2012 at 11:23 pm

    penggunaan ayat yang jelas dan boleh diterima umum….serta mudah untuk difahami oleh semua…

     
    • fadzilzainol

      April 23, 2012 at 11:30 pm

      Terima kasih…alhamdulilah ..semoga pembaca dapat memahami kajian yang dijalankan.

       
  23. zaihan

    April 23, 2012 at 11:28 pm

    dapatan kajian yg mudah difahami dan menarik…

     
    • fadzilzainol

      April 23, 2012 at 11:32 pm

      Terima kasih kerana membaca hasil kajian saya..:)

       
  24. Anonymous

    April 23, 2012 at 11:42 pm

    tahniah dan teruskan usaha.. =)

     
  25. Anonymous

    April 23, 2012 at 11:55 pm

    analisis yg terbaik…penerangan yg jelas…

     
    • fadzilzainol

      April 23, 2012 at 11:58 pm

      terima kasih kerana membaca kajian saya…:)

       
  26. Anonymous

    April 24, 2012 at 12:14 am

    penggunaan bahasa yg baik..mudah difahami..

     
    • fadzilzainol

      April 24, 2012 at 12:16 am

      terima kasih kerana membaca blog saya…:)

       
  27. Anonymous

    April 24, 2012 at 12:19 am

    analisis yang baik dengan menggunakan ayat yang dapat memudahkan pembaca memahami..

     
    • fadzilzainol

      April 24, 2012 at 12:21 am

      Terima kasih..semoga semua pembaca memahami kajian yang dijalankan..

       
  28. Anonymous

    April 24, 2012 at 1:30 am

    penyampaian yang sangat jelas dan mudah untuk difahami, tahniah kerana dapat melaksanakan tugas ini dengan baik. kelihatan agak sukar kerana bukan semua yang dapat melakukannya. keep it up, =)

     
    • fadzilzainol

      April 24, 2012 at 1:33 am

      Terima kasih..agak mengambil masa dalam menjalankan kajian ini..alhamdulilah dapat juga selesaikannya..

       
  29. Ara Sahara

    April 24, 2012 at 2:48 am

    salam…huraian daripada dapatan kajian mengenai gaya bahasa dalam puisi oleh Usman Awang anda yang sangat menarik dan memiliki isi kandungan yang yang ilmiah untuk para pembaca.

     
    • fadzilzainol

      April 24, 2012 at 9:07 am

      wasalam…terima kasih..kajian ini sememangnya merupakan kajian ilmiah untuk mengetahui gaya bahasa yang digunakan dalam puisi Usman Awang…

       
  30. Anonymous

    April 24, 2012 at 8:58 pm

    Persembahan dapatan kajian yang baik, jelas, dan mudah untuk difahami… 🙂 teruskan lagi usaha anda.. TAHNIAH

     
    • fadzilzainol

      April 25, 2012 at 1:18 am

      Terima kasih atas kata-kata semangat yang diberi insyaallah..

       
  31. Anonymous

    April 25, 2012 at 1:28 am

    assalammualaikum….penyampaian dan penggunaan bahasa yang sangat baik.anda seorang yang sangat kreatif dan bijak.tahniah untuk anda…..!!teruskan usaha anda.

     
    • fadzilzainol

      April 25, 2012 at 1:36 am

      Terima kasih atas pendapat yang diberi…semoga huraian yang diberi anda dapat memahaminya dengan baik…insyaallah saya akan teruskan usaha..

       
  32. Anonymous

    April 25, 2012 at 1:57 am

    actually sy yang tak berape paham dgn aspek kesusateraan ni, tapi bila sy bace huraian anda. sangat2 membantu untuk sy paham lebih mendalam. dan bole menimbulkan minat di hati ini. tahniah. keep it up! 🙂

     
    • fadzilzainol

      April 25, 2012 at 2:04 am

      Begitu rupanya..tidak mengapa..kalau anda cuba membaca kajian ini dan memahaminya insyaallah bukan mereka yang bukan dalam bidang sastera pun akan faham apa yang akan disampaikan oleh pengkaji..apa pun terima kasih atas kesudian anda membaca hasil kajian di blog ini.

       
  33. Anonymous

    April 25, 2012 at 2:16 am

    analisis kajian yg bagus..malah mengingtkan saye tentang subjek bahasa melayu yg saye belajar mase sekolah dulu..wlaupun tidak begitu memahami tntg kesusasteraan..namun bg saye ia cukup untuk memberikan manfaat untuk kite bersame..(^_^)

     
    • fadzilzainol

      April 25, 2012 at 2:20 am

      Terima kasih atas pandangan yang diberi…baguslah sekiranya melalui kajian ini anda mengingat kembali pembelajaran pada masa dahulu…insyaallah sekiranya ada menghayati kajian ini anda akan lebih memahami apa yang hendak disampaikan dalam kajian ini..

       
  34. Anonymous

    April 25, 2012 at 8:11 am

    satu analisis yang baik…dapat sedikit ilmu yang berguna…teruskan usaha anda (”,)

     
    • fadzilzainol

      April 25, 2012 at 11:09 am

      Terima kasih..semoga ilmu yang diperolehi daripada kajian ini dapatlah digunakan dengan sebaiknya…

       
  35. Anonymous

    April 25, 2012 at 8:42 pm

    penerangan yg jelas dan menarik..good job!

     
    • fadzilzainol

      April 25, 2012 at 10:04 pm

      Terima kasih…bagus sekiranya anda faham…

       
  36. @dleen_@ (@dleen_A)

    April 26, 2012 at 1:20 am

    Penerangan yg sgt jelas…. teruskan usaha anda untuk memartabatkan puisi-puisi melayu… Tahniah dan semoga berjaya dengan cemerlang..

     
    • fadzilzainol

      April 26, 2012 at 11:01 am

      Terima kasih..insyaallah usaha akan diteruskan..

       
  37. ain nuin

    April 26, 2012 at 8:52 pm

    Pengaturan data dalam satu-satu perenggan jelas dan menarik perhatian pembaca kerana diterangkan satu-persatu 🙂

     
    • fadzilzainol

      April 26, 2012 at 8:55 pm

      Terima kasih kerana memberi pandangan mengenai kajian saya…data disusun dengan sebaiknya supaya pembaca dapat memahami apa yang hendak disampaikan melalui kajian ini..

       
  38. NOR MADIHAH ABD RAHMAN

    April 26, 2012 at 9:16 pm

    Kajian yang jelas dan amat berguna terutama kepada para pencinta bahasa..keterangan yang diberikan cukup jelas..tahniah diucapkan.

     
    • fadzilzainol

      April 27, 2012 at 3:32 am

      Terima kasih…semoga kita mencintai hasil-hasil karya sasterawan negara kita…

       
  39. mas eliya

    April 27, 2012 at 9:27 pm

    pnggunaan bhasa yang mudah difahami…
    thniah fadzil…

     
  40. zaza

    April 29, 2012 at 11:49 pm

    As salam . Penggunaan bahasa tersusun dan menarik tetapi terdapat beberapa kesalahan ejaan dan imbuhan yang membuatkan konsentrasi pembaca tergangu . 🙂

     
    • fadzilzainol

      April 30, 2012 at 1:48 pm

      haha…terima kasih ye atas pendapat yang diberi..insyaallah saya akan membuat pemeriksaan semula atas kesalahan ejaan dan imbuhan yang digunakan..

       
  41. Anonymous

    May 1, 2012 at 11:24 pm

    Usman Awang merupakan tokoh yang hebat dalam bidang sastera negara. saya berpendapat ini merupakan usaha yang baik untuk meneliti bahasa dalam kesusasteraan ini sendiri. tahniah! 🙂

     
    • fadzilzainol

      May 1, 2012 at 11:28 pm

      Terima kasih..tepat sekali beliau merupakan sasterawan yang hebat yang banyak menghasilkan karya-karya yang terbaik…

       
  42. Dr. Zulkifli Ahmad

    May 25, 2012 at 10:42 am

    Sudah disemak. Syabas!

     
  43. Billycak

    August 30, 2017 at 11:01 pm

    wh0cd241219 buy retin a

     

Leave a reply to fadzilzainol Cancel reply