RSS

1.1 Pendahuluan

05 Apr

Bahasa merupakan alat pengucapan perhubungan dalam kehidupan manusia untuk berkomunikasi di antara satu sama lain. Tanpa bahasa manusia tidak dapat berhubung dan merealisasikan pekara yang ingin disampaikan sesama mereka. Dengan itu, alat yang paling dan kerap digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi adalah bahasa (Ajad Che Kob, 1984). Proses bagi menguasai kecekapan berbahasa bukan hanya bermaksud menguasai tatabahasa tetapi turut melibatkan soal-soal luaran bahasa seperti aspek kebudayaan, agama dan sebagainya. Dengan kata lain, bahasa adalah sebahagian budaya. Lantaran itu, akal budi orang Melayumenjadikan mereka berbudai bahasa dan setiap tutur kata dipenuhi dengan ungkapan kias-mengias (Hashim Ismail, 1995 : 100).

Dalam masyrakat Melayu lama juga kerap menyebut seperti “matanya seperti bintang timur”. Rangkaian perkataan bintang timur ialah bahasa kiasan sebagai ‘pemanis bahasa’. Penyair Usman Awang tidak ketinggalan menggunakan bahasa kiasan sebagai sisipan di dalam sajak dan ini menjadikan karya beliau lebih menarik.

Kritikan, sindiran, pernyataan fikiran, perasaan, adat resam dan bentuk interaksi sosiobudaya yang lain dapat dikesan melalui penggunaan unsur kiasan di dalamnya. Akal budi ini telah menjadikan satu cirri kesinambungan daripada satu generasi kepada satu generasi kepada yang lain. Dengan itu, bahasa figuratif dapat dicipta dan digunakan pakai dalam puisi-puisi seperti yang digambarkan pada bentuk metafora, simile, personifikasi, hiperbola, eufemisme, sinekdot dan ironi (Herman J. Waliyo, 1987: 84)

Penguasaan bahasa figuratif atau kiasan yang baik dan sempurna menjadikan karya puisi moden kaya dengan makna. Penyair menggunakan konsep licentia-poetica atau lessen dan kebenaran untuk mereka menggunakan manipulasi bahasa bagi mengungkapkan makna sebanyak mungkin (Hashim Ismail, 1995 : 1003).

 
28 Comments

Posted by on April 5, 2012 in 1.0 Pengenalan, Projek 1

 

28 responses to “1.1 Pendahuluan

  1. Anonymous

    April 23, 2012 at 12:38 pm

    pnjg sgt esimen….hahaha

     
    • fadzilzainol

      April 23, 2012 at 12:44 pm

      Hahaha..nama pun tugasan mesti panjang.kalau tidak macam mana hendak dinilai…anda boleh melihat bahagian dapatan kajian dan menberi komen..terima kasih..=)

       
  2. cguanida

    April 23, 2012 at 1:52 pm

    kena tya cgu eta n shmsul khamarian ni..

     
    • fadzilzainol

      April 23, 2012 at 2:42 pm

      Hahaha…cikgu pun boleh komen..cikgu tengok saja dekat bahagian analisis dapatan kajian…kemudian beri pandangan cikgu atas kajian yang saya buat..hihi

       
  3. la'nina

    April 23, 2012 at 3:36 pm

    taniah kajian yang baik…cuba pelbaiki beberapa kelemahan yang masih terdapat dalam kajian..

     
    • fadzilzainol

      April 23, 2012 at 3:40 pm

      Terima kasih atas pandangan yang diberi..saya akan mengambil semua pandangan yang diberi keatas kajian saya ini untuk pelbaiki dalam kajian-kajian lain yang akan datang…

       
  4. Anonymous

    April 23, 2012 at 5:11 pm

    wahhh kajian yang baik

     
  5. Anonymous

    April 23, 2012 at 11:14 pm

    baca pendahuluan pun dah nampak kemas dan bagus. sebab ada bukti dan huraian daripada tokoh itu sendiri. jadi, setiap yang dihuraikan itu menampakkan benar

     
    • fadzilzainol

      April 23, 2012 at 11:20 pm

      Terima kasih…saya harap cik dapat memberi pendapat terhadap analisis dapatan kajian yang telah saya jalankan..

       
  6. sahabat kamu

    April 24, 2012 at 12:09 am

    satu kebanggaan bagi kita kerana memmpunyai tokoh seperti beliau…penghuraian tentang kajian sahabat amat saya kagumi…bukti bahasa kita dalam kalangan bahasa seantero dunia…teruskan dengan usaha anda dan saya iringi doa semoga sahabat berjaya dalam projek analisis ini…sekian, salam

     
    • fadzilzainol

      April 24, 2012 at 12:13 am

      Terima kasih sahabat atas pandangan dan pendapat yang diberi..kita haruslah hargai tokoh-tokoh sasterawan negara kita kerana mereka ibarat mutiara di lautan yang banyak berjasa kepada negara..dengan kajian terhadap hasil karya mereka dapatlah kita hayati sumbangan yang telah mereka berikan.

       
  7. Anonymous

    April 24, 2012 at 12:36 am

    pengolahan yang baik, cara susunan ayat dan sumber-sumber dapatan yang digunakan bagus sekali..~semoga berjaya😀

     
    • fadzilzainol

      April 24, 2012 at 12:38 am

      Terima kasih ye…insyaallah doakan yang terbaik untuk kajian saya ini dan juga untuk kajian yang akan datang…

       
  8. Anonymous

    April 24, 2012 at 1:21 am

    menarik kajian ko bro..moga ko jd mcm die hahaha, tu je aku leh komen

     
    • fadzilzainol

      April 24, 2012 at 1:29 am

      hahaha…terima kasih kerana komen..nak jadi sasterawan negara susahlah..dapat majukan diri ke arah kebaikan dari hari kehari itu pun sudah memadai…

       
  9. Anonymous

    April 24, 2012 at 1:34 am

    best blog abg nie…tp knp la lec abg bg assigment nie….hihihihihi…

     
    • fadzilzainol

      April 24, 2012 at 2:36 am

      Hahaha…tajuk untuk tugasan semua atas diri sendiri..tidak diberi oleh pensyarah…oleh itu, inilah tajuk pilihan abg..tugasan ini lebih melihat pengunaan wordpress dan juga konkordans.

       
  10. Ara Sahara

    April 24, 2012 at 2:43 am

    salam,, kajian ilmiah yang sgt perfect..from this, saya dapat mengetahui pengetahuan mengenai gaya bahasa dalam tokoh ilmuan iaitu Usman Awang..tahniah!

     
    • fadzilzainol

      April 24, 2012 at 9:05 am

      Terima kasih…kajian ini sememangnya untuk memastikan para pembaca mengetahui gaya bahasa yang digunakan dalam puisi..

       
  11. Anonymous

    April 24, 2012 at 2:56 am

    tahniah kerana berjaya mnghasilkan kajian yg lengkap .
    * isi padat
    * lengkap pndhuluan , penutup
    * susunan tulisan yg kemas
    KEEP IT UP OK !!

     
    • fadzilzainol

      April 24, 2012 at 9:09 am

      Terima kasih kerana pembaca hasil kajian saya dan memberi pandangan..insyaallah saya akan buat dengan lebih baik untuk kajian seterusnya…

       
  12. Miyako Hatsumi

    April 25, 2012 at 1:32 am

    terima kasih kerana membuat kajian tentang tokoh ini kerana kajian ini bakal membuka mata generasi akan datang dan jug generasi masa kini tentang salah seorang tokoh sastera negara kita.

     
    • fadzilzainol

      April 25, 2012 at 1:38 am

      Sama-sama saya ucapkan…betul sekali apa yang dikatakan oleh saudari itu..sememangnya kajian ini bertujuan untuk kita melihat kembali gaya bahasa yang terdapat dalam karya-karya sasterawan negara kita.

       
  13. Anonymous

    April 25, 2012 at 9:21 pm

    menarik…:)
    good luck..

     
  14. Anonymous

    April 26, 2012 at 10:34 pm

    mana sumber?

     
    • fadzilzainol

      April 27, 2012 at 3:34 am

      Maaf apa yang anda maksudkan dengan sumber???.

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: