RSS

1.2 Latar Belakang Kajian

05 Apr

Kajian ini dilakukan keatas sajak ‘Terbunuhnyanya Beringin Tua di Pinggir Sebuah Bandaraya‘ untuk meninjau sejauhmana penyair berjaya mengeksploitasikan penggunaan unsur gaya bahasa kiasan berdasarkan kemahiran dan keupayaannya.

Terbunuhnya Beringin Tua di Pinggir  Sebuah Bandaraya

1.1    BERINGIN tua di pinggir sebuah bandaraya
1.2    di sebuah ibu kota yang setengah muda
1.3    ratusan tahun usianya berdiri
1.4    menadah matari memayungi bumi
1.5    di sini rumah  mereka, di sini keluarga bahagia
1.6    kupu-kupu berkejaran dalam senda guraunya
1.7   anak-anak bermain di keteduhan perdunya.

2.1    Tiba-tiba pagi yang hitam itu datang
2.2    gergasi teknologi menyerangnya
2.3    dengan kejam membenamkan gigi-gigi besi
2.4    sehingga terdengarlah jeritan ngeri
2.5    suara Beringin rebah ke bumi.

3.1   Sampai sekarang, tiap senjakala lembayung petang
3.2   dengarlah suara Beringin mengucapkan pesan:

4.1   Selamat tinggal, selamat tinggal wahai awan
4.2   Selamat tinggal matari selamat tinggal bulan
4.3   Selamat tinggal kupu-kupu sayang
4.4   Selamat tinggal wahai burung-burung bersarang
4.5   Selamat tinggal anak-anak bermain riang.

5.1   Namaku Beringin pohon tua yang terbuang
5.2   dimusuhi oleh rancangan bernama Pembangunan.

Latar belakang Usman Awang

Kajian ini juga akan membincangkan secara ringkas latar belakang tokoh sasterawan yang unggul ini dan juga penglibatan beliau di dalam bidang penulisan, khususnya penulisan sajak moden. Untuk memahami dan menghayati sajak-sajak Usman Awang, adalah wajar pembaca mengenali dan memahami riwayat. Nama sebenar Usman Awang ialah Wan Osman bin Wang Awang Kechik. Beliau juga dikenali sebagai Tongkat Warrant (Umar Junus, 1970: 108). Selain itu, beliau juga pernah menggunakan nama samara seprti Setia Budi, Manis, Adi Jaya, Amir, Atma Jiwa, Pengarang Muda, Rose Murni, Zaini dan U.A (1995: xii). Beliau dilahirkan pada 12 Julai 1929 di Kampung Tanjung Lembu, Sedili, Kota Tinggi, Johor.

Ayahnya bernama Wan Awang Kechik bin Wan din, seorang nelayan dan ibunya bernama Halimah binti Abdul Rahman yang merupakan seorang suri rumah. Ketika usman berusia enam tahun, ibunya meninggal dunia. Usman mendpat pendidikan awal hanya setakat darjah VI, di sekolah Melayu Bandar Maharani, Muar Johor pada tahun 1941. Usman belajar dengan tekun dan beliau berazam untuk menukar corak kehidupan keluarga serta mem balas jasa ayahnya. Berkat ketekunannya, Usman telah lulus dalam ujiannya dengan mendpat tempat kedua dan ini melayakkan beliau dipilih sebgai guru pelatih (Zurinah Hassan, 1990: 3-4). Minat Usman dalam penulisan sajak bermula pada tahun 1948.

Pada peringkat awal, karyanya banyak tersiar di dalam majalah seperti majalah Hiburan. Perkhidmatan Usman Awang dengan kumpulan Utusan Melayu telah memberikan kesempatan kepada beliau untuk mengasah bakat, dan ditambah pula dengan penglibatan beliau dalam Dewan bahasa dan Pustaka (DBP) yang emebri keuntungan kepadanya untuk terus berkarya.

Usman Awang telah berjaya menerbitkan antologi-antologi sajak perseorangan yang di antarannya ialah ‘Gelombang’, ‘Duri dan Api’, serta sebuah antologi cerpen perseorangan iaitu ‘Degup Jantung’ dan ‘Tulang-tulang berserakan’. Usman menghasilkan karyanya itu dengan menggunakan nama Usman Awang dan nama itu adalah sebuah nama yang cukup dikenali di arena kesusasteraan melayu kini.

Pada tahun 1976, bersama lima orang lagi sasterawan Malaysia, Usman Awang telah diberi anugerah “pejuang Sastera” oleh kerajaan Malaysia. Pada tahun 1982 pula, beliau telah dipilih untuk menerima Anugerah Sastera Asia Tenggara (S.E.A Write Award) di Bangkok. Pada 11 Ogos 1983, beliau juga telah menerima Ijazah Kenormat Doktor Persuratan yang dianugerahkan oleh Universiti Malaya. Pada tahun yang sama juga, Usman Awang telah menerima Anugerah Sastera Negara daripada kerajaan Malaysia. Keempat-empat anugerah itu diberikan kepada beliau sebagai pengiktirafan terhadap pencapaiannya di dalam bidang sastera dan sumbangan kesusasteraannya terhadap masyarakat Malaysia dam masyarakat Asia Tenggara (Dinsman, 1995: xi).

Sajak adalah bentuk pengucapan seni Usman awing yang paling berkesan dan digemari oleh pembaca. Melalui karya-karyanya beliau telah berupaya menangkap persoalan-persoalan semasa dengan ketajaman daya fikiranya dan menemui gaya pengucapan yang segar di sepanjang zaman. Bagi Usman, sajak merupakan suatu ucapan atau pengakuan penyair dan setiap patah perkataan dalam bait serta rangkap sajak itu disisi dengan perasaan jiwa penciptanya.

 
2 Comments

Posted by on April 5, 2012 in 1.0 Pengenalan, Projek 1

 

2 responses to “1.2 Latar Belakang Kajian

  1. nur zarra zaila

    April 22, 2012 at 6:03 pm

    puisi yang saudara pilih adalah hasil karya daripada seorang tokoh sasterawan yang terkenal..ini adalah satu usaha yang bagus kerana tokoh tersebut sudah dikenali ramai, mungkin dapat menarik minat pembaca terutama peminat karya-karya beliau untuk turut melihat hasil kajian saudara terhadap karya tersebut… teruskan usaha anda…

     
    • fadzilzainol

      April 22, 2012 at 6:09 pm

      Terima kasih..Tepat sekali apa yang dikatakan oleh saudari. Usman Awang adalah sasterawan negara yang terbilang yang memperjuangkan karya-karya kesusasteraan Melayu..saya berharap kita semua dapat menghargai semua usaha sasterawan-sasterawan kita ini.

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: