RSS

Lampiran

16 Apr

Usman Awang

Terbunuhnya Beringin Tua di Pinggir  Sebuah Bandaraya

 BERINGIN tua di pinggir sebuah bandaraya
di sebuah ibu kota yang setengah muda
ratusan tahun usianya berdiri
menadah matari memayungi bumi
di sini rumah  mereka, di sini keluarga bahagia
kupu-kupu berkejaran dalam senda guraunya
anak-anak bermain di keteduhan perdunya.

 Tiba-tiba pagi yang hitam itu datang
gergasi teknologi menyerangnya
dengan kejam membenamkan gigi-gigi besi
sehingga terdengarlah jeritan ngeri
suara Beringin rebah ke bumi.

 Sampai sekarang, tiap senjakala lembayung petang
dengarlah suara Beringin mengucapkan pesan:

 Selamat tinggal, selamat tinggal wahai awan
Selamat tinggal matari selamat tinggal bulan
Selamat tinggal kupu-kupu sayang
Selamat tinggal wahai burung-burung bersarang
Selamat tinggal anak-anak bermain riang.

 Namaku Beringin pohon tua yang terbuang
dimusuhi oleh rancangan bernama Pembangunan.

 
5 Comments

Posted by on April 16, 2012 in Lampiran, Projek 1

 

5 responses to “Lampiran

  1. Anonymous

    April 24, 2012 at 12:04 am

    🙂

     
    • fadzilzainol

      April 24, 2012 at 12:06 am

      Jangan la senyum saja..berilah pandangan anda sekali terhadap kajian saya..boleh lihat pada analisis dapatan kajian..:)

       
  2. Anonymous

    April 27, 2012 at 9:39 pm

    boleh saya tahu ,, “Terbunuhnya Beringin Tua di Pinggir Sebuah Bandaraya” tu sebenarnye pasal apa ya ?

     
    • fadzilzainol

      May 1, 2012 at 10:08 am

      Sajak Sasterawan Negara Datuk Usman Awang ini menceritakan penuh duka masalah yang ditanggung kumpulan burung dan sepohon beringin kerana kerakusan manusia memusnahkan alam sekitar atas nama pembangunan.

      Kemusnahan alam sekitar bererti tempat tinggal asal atau bahasa sainsnya dikenali sebagai habitat, sekali gus turut dirosakkan mengakibatkan spesies hidupan liar ini meninggalkan kehidupan mereka.

      Selain diburu kerana nilai komersial, haiwan liar di hutan ini mati kerana dipisahkan dengan kehidupan asalnya, satu mala petaka yang akhirnya menyebabkan mereka pupus.

       
  3. Dr. Zulkifli Ahmad

    May 25, 2012 at 10:42 am

    Sudah disemak. Syabas!

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: